Monday, May 2, 2011

Ambuyat


ambuyat

Bahan-bahan

  • 1/2 pek sagu putih
  • 1/4 kacang tanah
  • 1 ikat sayur kangkung
  • 10 btg kacang panjang - dipatah2kan [jangan dihiris]
  • 3 biji cili padi - boleh tambah lagi klu nak pedas
  • 1500 ml - air
  • 1 tin ikan sardin
  • bahan perasa

Cara-cara

CARA BUAT BEBOLA SAGU:

  1. masak sagu dengan air mendidih. kacau sehingga bancuhan sagu kelihatan pekat/kental. Ambil sesenduk sagu & bulat2kan guna chop stick. rendam seketika bebola tersebut dlm semangkuk air suam sementara membuat kuah. Buatlah bebola sagu sehingga habis bancuhan
CARA BUAT KUAH:
  1. kacang tanah digoreng lps tu kisar. Kemudian didihkan air dalam periuk.
  2. setelah air mendidih, masukan kacang tanah & ikan sardin yang tlh dilumat - biarkan seketika.
  3. kemudian masukan kacang panjang, kangkung, bebola sagu, cili padi dan bahan perasa. kacau seketika. Biarkan sayur 1/2 masak than matikan api.
  4. masakan ni boleh dimakan bersama nasi putih, mee atau dimakan begitu sahaja. Ianya sedap semasa masih panas lagi.

No comments:

Post a Comment